Hadith Pilihan



BULETIN KEDAI KOPI.

Photobucket

Produk makanan dan minuman dari Taiwan dicemari kimia…

BRITA 9.avi_001166219
Kementerian Kesihatan mengarahkan semua pengimport produk makanan dari Taiwan yang dicemari bahan kimia di(2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) dan di-isononyl phthalate (DINP) menarik balik produk berkenaan daripada pasaran dengan serta-merta.Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, produk makanan yang terlibat adalah minuman sukan; jus buah-buahan; produk jeli; jem; yogurt dan clouding ejen iaitu sejenis penambah rasa.
Oleh itu, beliau berkata, pihak kementerian akan sentiasa melakukan pemantauan dan tidak teragak-agak untuk merampas produk berkenaan sekiranya masih dijual di pasaran."Selain melakukan pemantauan di pasaran, pihak kementerian juga akan memantau kemasukan produk berkenaan di pintu masuk negara.
BRITA 9.avi_001179229
"Kesemua pengimportan produk makanan dicemari bahan kimia itu yang berada di Pemeriksaan Tahap Enam oleh Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) turut dilarang masuk ke negara ini," katanya.
Tiong Lai berkata, pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Taiwan telah memaklumkan kementeriannya mengenai beberapa produk yang telah disahkan tercemar dengan DEHP dan telah dieksport ke Malaysia."Senarainya seperti berikut, Uni-President Asparagus Juice dengan tarikh luput sebelum 18 Mei 2012 yang dikilangkan syarikat Uni-President Enterprises Corp.
BRITA 9.avi_001188304
"Sunkist Lemon Juice with Aloe Vera Pulp, Sunkist Orange Juice dan Sunkist Orange Juice Drink yang dikilangkan oleh syarikat Country House Inc.Taiwan dan dieskport ke Malaysia oleh syarikat Sunlight Foods Corp.," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, menurut FoSIM produk minuman sukan jenis Speed Sports Drink 600ml, Speed Sports Drink (Lemon Flavour) 600ml dan Dong Nung 1000 Sports Drink keluaran syarikat Young Energy Resouce CO. Ltd yang dikesan mengandungi DEHP oleh Pusat Keselamatan Makanan Hong Kong, tidak diimport ke negara ini.
BRITA 9.avi_001184314
Beliau menjelaskan, DEHP dan DINP adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut serta berkemungkinan boleh menyebabkan kesan karsinogenik ke atas manusia."Dalam kes ini, DEHP dan DINP itu ditambah kepada clouding ejen untuk mengurangkan kos pengeluaran produk makanan," katanya
Sementara itu, beliau berkata, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang terlibat dengan pengimportan, penyimpanan, penyediaan, pengedaran dan penjualan produk-produk yang membahayakan kesihatan itu, mereka boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 13 (1), Akta Makanan 1983.
BRITA 9.avi_001154969
BRITA 9.avi_001149989
BRITA 9.avi_001142394
BRITA 9.avi_001138509





0 ORANG DAH MINUM KOPI:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BILIK STOR KEDAI KOPI............SILA LAH SELONGKAR....

UPDATE TERKINI FOLLOWER...... LAWATI LAH MEREKA