Hadith Pilihan



BULETIN KEDAI KOPI.

Photobucket

WANITA MAGHRIBI CARI JODOH DI INTERNET…

maghribi 1 GOLONGAN wanita Maghribi dilihat lebih berani dan serius dalam mencari pasangan di internet berbanding lelaki.DI negara yang kebanyakan perkahwinannya masih diatur, ribuan individu yang bujang serta kesepian mencari pasangan mereka dengan hanya satu klik di tetikus komputer di laman web Soukzouaj.
"Laman mencari jodoh itu direka pada Jun 2010. Walaupun masih baru, laman ini boleh dikatakan berjaya mungkin kerana ia percuma dan juga mudah," kata Pengasas Soukzouaj, Yasser Nejjar.Setiap hari, kira-kira 2,600 calon pasangan akan melayari laman itu dan dua per tiga daripadanya ialah wanita.Laman itu akan menunjukkan peta Maghribi yang dibahagikan kepada 16 bahagian, kemudian pelayar hanya perlu klik pada bahagian yang dipilih untuk mencari pasangan.
"Sebagai contoh, berdasarkan pemerhatian hari ini sebanyak 1,670 catatan masuk daripada wanita berbanding lelaki 870 sahaja."Saya berpendapat keadaan ini menandakan wanita lebih berani berbanding lelaki. Kebanyakan catatan menunjukkan mereka benar-benar komited serta berminat untuk mengikat hubungan halal menerusi perkahwinan," kata Nejjar.
maghribi 2
Penganalisis Maghribi menganggap laman perkahwinan itu merupakan satu fenomena baru yang mempunyai kaitan dengan teknologi komunikasi, walaupun di negara ini kebanyakan perkahwinan sudah diatur mengikut pilihan ibu bapa."Kini, golongan perempuan juga boleh memilih pasangan mereka. Mereka mahukan suami yang cintakan mereka, hormat, lelaki yang tidak mempunyai ibu yang berfikiran kolot yang tidak membenarkan mereka tinggal berasingan selepas berkahwin kelak," kata ahli sosiologi, Soumaya Naamane Guessous.
Katanya lagi, kejayaan laman Soukzouaj menunjukkan bahawa di negara yang kebanyakan anak-anak berkahwin atas pilihan ibu bapa sudah berubah. Golongan remaja perempuan tidak lagi menerima bulat-bulat pilihan ibu bapa mereka.LAMAN Soukzouaj menjadi fenomena di Maghribi dalam kalangan orang muda.
Angka rasmi terbaru menunjukkan lebih 13 juta orang melayari laman sesawang di negara yang mempunyai populasi 32 juta penduduk itu.

P/S: MANA MANA KAUM LELAKI YANG MASIH SOLO BOLEH LAH CUBA LAYARI LAMAN WEB TU…




4 ORANG DAH MINUM KOPI:

NAY said...

huk huk..bole pecaya ka...emm..

zaly said...

ENTAH LA NAY.... TAKUT SILAP HARIBULAN..... HARTA TERBANG...DUIT MELAYANG.... BALIK MELENGGANG...TIDUR TERKANGKANG... HA HA HA HA..

Hanis said...

bahaya jugak.kita bukan kenal pun orang dalam internet tuh.kena tipu tak ke naya.tp best dpt awek maghribi..taat agama & cantik! HAHA

zaly said...

KITA KENA INGAT GAK HANIS...WANITA MAGHRIBI NI BUKAN NYA SEMUA PUTIH MELEPAK.... BUAT NYA DAPAT YANG GELAP PEKAT.... TUTUP LAMPU CUMA NAMPAK GIGI JE... AMACAM...HE HE HE HE....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BILIK STOR KEDAI KOPI............SILA LAH SELONGKAR....

UPDATE TERKINI FOLLOWER...... LAWATI LAH MEREKA